Sunday 30 September 2012

Ucapan Terima Kasih dan Kesyukuran dari Calon-calon GMFSSK.


Antara petikan ucapan TERIMA KASIH dan Kesyukuran dari calon-calon GMFSSK 
selepas pengumuman di atas KEMENANGAN GMUKM.
  


11.30 pm..25/9/2012: Saat bermula satu pengakhiran buat mengisi kemenangan..Memikul amanah & tanggungjawab dalam perjuangan.. Sekalung penghargaan tanda terima kasih buat seluruh jentera, para pendokong & penyokong GMUKM yang cukup komited bagi memastikan sinar Islam terus menyinari perbukitan ilmu ini..InsyaAllah (",)

Azrai Bin Ahmad Zamri~
MPM FSSK 3/4



Ucapan terima kasih buat rakan-rakan mahasiswa yang memberi sokongan kepada saya dan sahabat-sahabat pimpinan PMUKM pada sesi kali ini. Setiap amanat yang dipertanggungjawabkan akan kami berganding bahu dan bersatu tenaga berusaha melaksanakan ia sebaiknya. Mohon doa dari teman-teman semua agar kami dapat berbakti dengan cemerlang buat kampus dan mahasiswa tercinta.

"Perkara yang paling aku menyesali sekali apabila terbenamnya matahari, umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah." -Ibnu Mas'ud


Mahasiswa cakna, jangan alpa!


Nur Afifah Binti Abd Rahim


Alhamdulillah.. Tahniah buat sahabat2 yg bakal meneruskan legasi kepimpinan sebagai MPP di bumi UKM.. Jutaan terima kasih juga pada sahabat2 yg sentiasa menyokong & membantu sepanjang kami sma2 mnjadi calon..

Nyatalah, sehebat & selicik mana pun perancangan manusia, hebat lagi rancangan Allah..

Ingat, bersainglah seperti anak muda sejati, bukan dgn cara pengecut yg keji.

- LEAD THE CHANGES! -
NUR AZYYATI BINTI ABDULLAH 



Pemimpin yang bersyukur adalah pemimpin yang sedar bahawa kepemimpinan yang di dipikulnya bukanlah tanda kemuliaan, tetapi kepemimpinan adalah amanah dari Allah.

-Mohamad Arief Bin Othman-


-LEAD THE CHANGES!-
BerGM Lebih Baik!


 

No comments:

Post a Comment